Monday, 26 February 2018

SEJARAH DAN POLITIK


E-FOLIO PENGAJIAN MALAYSIA
( DUB1012 )
TEORI KEDATANGAN DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

AHLI KUMPULAN:

MOHAMAD FIRDAUS BIN HANORDIN
02DKA17F2042

MOHAMAD LUQMAN BIN MOHD ROZLAN
02DKA17F2026

MUHAMMAD ZARIF FIKRI BIN MOHD ZAFRI
02DKA17F2037

NIK AHMAD FIRDAUS IQMAL BIN YA’AMAN
02DKA17F2041



ISI KANDUNGAN
1.               PENGENALAN
2.               PENGHARGAAN
3.               KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
4.               TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB
5.               TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA
6.               TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
7.               FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
a. PERDAGANGAN
b. PERKAHWINAN
c. PERLUASAN KUASA DAN FAKTOR POLITIK
d. AJARAN ISLAM YANG MUDAH
e. KESUSASTERAAN
f. PENGARUH PEMERINTAH
g. PENDAKWAH
8.               KESIMPULAN
9.               RUJUKAN
10.       LAMPIRAN




PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi diatas peluang yang diberikan untuk kami menyiapkan folio kami. Tidak dilupakan juga kepada ibubapa kami yang banyak memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan e-folio ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua ahli kumpulan dalam menyiapkan e-folio ini.





PENGENALAN
Islam telah bertapak ke Melaka  seawal abad ke-15.Sultan yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Megat Iskandar Shah.Baginda juga merupakan putera kepada Parameswara.Sejak pada itu,Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam.Dari tahun 1446 hingga 1456 Islam dijadikan sebagai agama rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.Undang-undang Islam diperkenalkan oleh baginda yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Melalui konsep IKATAN DAULAT baginda telah berjaya menmbangungkan Melaka bersama pembesar yang lain,bantuan orang laut, orang melayu, dan orang asli.Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.  Oleh itu,terdapat beberapa teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu serta faktor perkembangan Agama Islam di zaman kesultanan Melayu Melaka.





    
     KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza-beza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Pada abad ke-7 Masihi, agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu. Menurut Abdullah Ishak (1990), agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.      
      Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai baik dan tingkah laku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pebinaan sesebuah tamadun.Teori kedatangan Islam ketamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran  Agama Islam melalui tamadun Islam ke Tanah Melayu.Antaranya ialah penyebaran Islam melalui pedagang-pedagang dari Arab,India dan China.Melalui pedangan ini, maka secara tidak langsung telah berlaku perkembangan Islam termasuklah melalui proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak, dari aspek kepimpinan, sikap golongan agama dan lain-lain lagi.




TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB
Islam dibawa terus dari semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7.         Pedagang Arab mempunyai pusat pedagang di Canton dan Amoy. Oleh itu, pedagang Arab berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubaha angin monsun. Mereka menetap dan membina perkampungan da nada yang berkahwin dengan wanita tempatan. Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam. Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di sumatera utara dan ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke-7 M.
     Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang melayu dan budaya Arab. Contohnya amalan menghormati tetamu dan tarian dabus dan zapin berasal dari Arab. Selain itu, karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Sheikh dari tanah arab.  Contohnya hikayat raja-raja pasai menceritakan pengislaman Sultan Malik Al-Salih dilakukan oelh Shiekh Ismail dari tanah Arab dan raja pattani phya tu nakpa diislamkan oleh Shiekh Said dari Arab.
 


       TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA
Kedatangan Islam dari China iaitu Canton menjadi pusat perniagaan pedagang Arab. Oleh itu, Islam berkembang di kalangan peniaga cina di Canton. Apabila peniaga cina Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara. Oleh itu, pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah secara beramai-ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M. Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,dan penemuan batu nisan di Pekan, Pahang menunjukkan Islam telah sampai ke kawasan pantai timur tanah melayu menerusi Laut China Selatan. Unsur seni bina masjid di nusantara menyamai unsur seni bina di China mahupun bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda. Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning pada kayu pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China. Penggunaan jubing pada lantai, dinding dan tangga adalah pengaruh daripada China.




TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA
Hubungan perdagangan India dengan Asia Tenggara sudah lama terjalin. Gujerat sering dikunjungi pedagang Asia Tenggara.oleh itu, pedagang India Islam dari Gujerat dan Pantai Komomandel menyebarkan Islam ke Asia Tenggara. Seterusnya, makam Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India iaitu batu mamar nisan dan makam tersebut menyamai mamar di India. Masyarakat Asia Tenggara ada hubungan dengan India dari segi budaya dengan wujudnya unsur kebudayaan India dalam masyarakat Asia Tenggara.






FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

1.   PERDAGANGAN
Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi Negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak penmerintah sendiri. Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut. Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melaka Islam berkembang ke Pulau Jawa.
      Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan adanya diantaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar itu berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar itu Islam telah berkembang di Jawa.
     Menurut catatan China pua,pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan.   



2.    PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara. Agama Islam dikembangan menerusi ikatan perkahwinan diraja. Raja-raja di negeri lain berkahwin dengan puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama Islam. Proses ini dipanggil perkahwinan sasah. Oleh itu, proses ini juga turut menbantu penyebaran islam ke sesebuah Negara. Sebagai contoh, perkahwinan puetri Pasai dengan Megat Iskandar Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka. Agama Islam bertambah kukuh apabila ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para perdagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
       Faktor ekonomi dan social menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama Islam di kawasan ini. Brunei telah menerima agama Islam melalui perhubungan yang rapat dengan pedagang-pedagang Islam. Pedagang –pedagang Jawa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Melaka telah kembali menyebarkan agama Islam di daerah masing-masng. Begitu juga peranan dimaiknkan oleh Aceh setelah jatuhnya Kerajaan Melaka pada tahun 1511M. Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pemerintahan sendiri.   


3.    PERLUASAN KUASA DAN FAKTOR POLITIK
Melaka telah menduduki banyak daerah dari Negeri di semenanjung dan juga sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, dan Rokan. Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Di zaman kekuatan Melaka dahulu, melalui naugan yang diberikan terhadap tanah-tanah jajahannya, ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian. Akhir kata, Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik  dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan melayu menganut agama Islam.
     

4.    AJARAN ISLAM YANG MUDAH
Orang melayu secara beramai-ramai sukarela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalm umat Islam yang dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat pada masa itu. Oleh itu Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya. Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia dianggap sebahagian dari iman. Aspek ajaran Islam lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama Hindu.
     Wertheims juga menunjukkan bagaimana idea persamaan dan harga diri bagi setiap insan dalam masyarakat Islamtelah menjadi daya penarik yang utama kepada penduduk di kepulauan Melayu daripada sistem kasta Hinduyang diamalkan selama ini dalam kehidupan mereka seharian. Sesungguhnya konsep Islam tentang persamaan telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat jelata di daerah-daerah yang didatangi oleh pedagang Islam auat daerah-daerah yang dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Dengan kata lain, pengislaman yang berlaku di daerah ini adalah disebabkan oleh semangat ideology Islam itu sendiri.


5.    KESUSASTERAAN
Masyarakat telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa gabungan utama. Dengan adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam telah memperkenalkan tulisan jawi. Dengan adanya tulisan jawi, dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitdengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi dan bahasa melayu telah dijadikan bahasa penghantar dalam sistem pendidikan mereka.
       Terdapat hasil-hasil sastera islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, pewira-pewira Islam dan sebagainya. Terdapat beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli atau terjemahan. Karya-karya ini juga mengadungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam.
       Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh sastera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan ke seluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Nusantara.


6.    PENGARUH PEMERINTAH
Agama Islam mula berkebang di Nusantara telah mendapat tempat-tempat di kalangan raja dan pembesar. Oleh itu, pengislaman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam.
       Masyarakat melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja. Masyarakat juga mudah terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja. Kata-kata raja dianggap undang-undang muktamad. Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri mengganut agama Islam secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja dan pembesar.


7.    PENDAKWAH
Kurun ke-14 penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit, Negara Hindu yang berakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula dengan cepatnya. Bukti-bukti ialah –Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. 
      Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.




KESIMPULAN
 Wujud kepelbagaian teori kedatangan Islam di Asia Tenggara adalah disebabkan wujudnya aktiviti perdaganagan antara China, India dan Arab di Asia Tenggara. Oleh itu, terdapat bukti-bukti ditemui kawasan-kawasan ini yang mengaitkan mereka di antara satu sama lain. Tambahan pula, sifat orang Arab yang suka berdaganag di sesuatu kawasan dan menbina penempatan yang menyebabkan sukar untuk kita ketahui dari mana mereka singgah terlebih dahulu sebelum mereka datang ke Asia Tenggara. Sama ada mereka berlayar terus dari Arab ke Asia Tenggara atau mereka membina penempatan di kawasan India atau China sebelum ke Asia Tenggara. Persoalan ini masih akan menjadi perdebatan antara kalangan sarjanan sehinggalah wujud bukti-bukti baru yang lebih kukuh yang mampu menjawab semua persoalan mengenai bagaimana Islam datang ke Asia Tenggara.
     Kejayaan sesebuah Negara bergantung kepada pemimpin yang berilmu pengetahuan, berwibawa, beragama, berkarisma serta memiliki nilai-nilai murni perlu dilahirkan dalam sesebuah Negara untuk memimpin Negara kearah kemajuan dan kemakmuran yang lebih kondusif.



RUJUKAN

1.      BUKU PENGAJIAN MALAYSIA
 ( NORMURNI MOHAMAD, RAZANA FATIN ABDULLAH DAN MOHAMAD FAIZAL AHMAT “SIRI POLITEKNIK”)









LAMPIRAN

                       
    Penemuan batu nisan di Kampung Tanjung Inggeris, Alor Setar, Kedah bertarikh 904M.



Penemuan batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu bertarikh 720H.




Penggunaan Bahasa Arab di atas duit syiling pada tahun 1564 - 1570.




Masjid Kampung Kling yang bergaya arsitektur Cina merupakan bukti imbas keagamaan budaya di Kesultanan Melaka. Dibina pada tahun 1748.








Karya-karya Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa.






Masjid Kampung Laut yang dibina pada November 1968 dan siap pada November 1969.


No comments:

Post a Comment